Blogger news

DESA CATTLE FARM KUNDASANG FARM-DESA DAIRY FARM

WELCOME TO DESA CATTLE MESILAU KUNDASANG SABAH

Desa Cattle (Ladang Lembu Mosilou)
Dikenali sebagai Projek Tenusu Desa, ladang yang sejauh kira-kira lapan kilometer (km) dari pekan Kundasang itu memiliki 680 lembu tenusu diusahakan Desa Cattle (S) Sdn Bhd, termasuk baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia

Ladang berkenaan mempunyai keluasan 199 hektar dan daripada jumlah itu, 133 hektar sudah ditanam rumput padang seperti Kikuyu, Narok Setaria dan kekacang (white clover).
  
Sektor penternakan lembu tenusu di Sabah bukan baru, sebaliknya wujud hampir tiga dekad lalu menerusi pembukaan ladang tenusu di dataran Mesilau berhampiran kaki Gunung Kinabalu pada 1980.Tidak keterlaluan jika ladang lembu tenusu itu dirumus sebagai ladang yang mempunyai produk `dua dalam satu’ iaitu pengeluar susu segar di Sabah yang berupaya membantu meningkatkan ekonomi, selain menjadi destinasi lawatan pelajar dan pelancong.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelihatan lembu lembu sedang santai



Kinabalu Cows Farm
Ini adalah pertama kali aku melawat Ladang Lembu
walau sering datang ke Daerah ini kerana aku tidak
begitu yakin akan boleh memandu ke tempat tanah
tinggi sebigini.Tapi dengan keinginan yang kuat ku
beranikan diri alhamdulilah tidak sesusah mana
dengan pacuan 4 roda ku kami diizinkan juga
menjejak kaki disini.
Pemandangan disini memang sangat cantik dan menarik
damai,sejuk melihat rumput yang menghijau dan pemandangan
bukit bukaunya.Alam semulajadi ciptaan Allah yang sangat indah.

Happy bila berkesempatan melawat ke Desa dairy farm



Anak anakku-Alhamdulilah terimakasih dan syukurku yang tidak
terhinga kepadamu ya Allah kerana telah memurahkan rezeki kami
sekeluarga dan meminjamkan kebahagiaan padaku.




Tempat ni memang cantik sangat lah...













2 comments:

  1. salam kak yatie..cantik permandangan kat farm tu...pastinya udara pon nyaman dgn panorama yg indah.
    Mesti akak rasa xmo balik kan?hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam atie...a'aa macam kat NewZealand la atie kalau ada masa time cuti sekolah bawalah suami dan anak anak dtg sabah sambil melawat tempat menarik disini..thanks atie for comment.

      Delete