Blogger news

KAMPUNG HALAMAN(W.P LABUAN)


Masa balik kg awal bulan June lalu (kg arwah mama)
sempatlah ronda kawasan rumah dan tanah pusaka
segar jiwa memandang dengan kehijauwan rumput
dan sedikit kebuan buah buahan yang tingal




Hari kedua berada di Labuan sempat juga melawat
kawasan tanah tepi laut yang ini juga merupakan
tanah pusaka peninggalan arwah ninik, yang dulunya
dipenuhi dengan pokok kelapa. tapi sekarang ni
hanya tinggal rumput lalang. suatu ketika dulu semasa
arwah ninik masih ada disinilah tempat bermain kami
adik beradik dan lautan ini adalah tempat mencari ikan.
dan separuh dari tanah yang ada dah terhakis menjadi lautan



kawasan tanah ni ada ada rancangan terkini
nak buat resort,dan tempat pelancongan
harap harap menjadi.


ini pula layangan beach i datang sini saja nak
kutip kulit karang dan siput bersama anak sedara hartinie
dan baby tu mohd Akil seronok sangat dia berlari di tepi
pantai sampai tak mau di aajak pulang..ermm cerita tentaang
karang tinie nak buat cenderahati utk para pengunjung
Homestay dia.


Pantai Tanjung Aru w.P Labuan



Projek terkini
kolam ikan talapia
oleh koperasi kg bukit kuda
raancangan tempat kawasan
memancing dibuka utk orang ramai
memakan belanja sebanyak rm 35,000



pemandangan sekeliling rumah


kebun pisang


Kolam ikan yang sedang dibina
dahulunya kolam ini hanya dibuat
sebagai sumber air untuk menyiram
kebun, sebab sebelum ini keluarga
kami ada membuat ladang tanaman
sayur-sayuran dan penternakan ayam,arnab dan
burung puyuh.




kolam ikan dalam proses pembinaan
sebenarnya coming soon tanah paya di tepi
kolam i cadangkan nak buat tanaman pisang
untuk mengisi tanah paya yang dah lama terbiar
lagipun di labuan ni sangat kekurangan bahan mentah
kalau adapun semuanya di bawa masuk dari luar
seperti beaufort,menumbuk ataupu Tenom...besarlah
cita cita..insyallah akan i cuba..

No comments:

Post a Comment